fb fb fb fb fb

Jumlah siswazah menganggur turun kepada 4.1 peratus tahun lepas

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 28 Julai - Bilangan siswazah menganggur berkurangan kepada 4.1 peratus tahun lalu.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata menurut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan (DOSM), 33.9 peratus siswazah menganggur adalah dalam kalangan kelompok berkaitan dengan bidang kemahiran.

Katanya, mengikut statistik Siswazah 2021 bilangan graduan di Malaysia ialah 5.61 juta tahun lalu mewakili 22.1 peratus daripada penduduk yang bekerja dan berumur 15 tahun ke atas.

(Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin / FOTO FAIL)

"Pada 2021, ekonomi Malaysia secara beransur memperoleh semula momentum ke arah pemulihan, dan seterusnya memupuk keadaan pasaran buruh yang lebih sihat pada tahun itu berbanding 2020.

"Sehubungan itu bilangan graduan yang bekerja meningkat lima peratus kepada 4.57 juta orang tahun lalu berbanding 4.35 juta orang pada tahun 2020," katanya menerusi kenyataan.

Tambah Mohd Uzir, ketika negara memasuki tahun kedua mengharungi krisis kesihatan awam yang memerlukan pelaksanaan pelbagai sekatan sosial dan ekonomi, cabaran struktur pasaran buruh kekal seperti yang ditunjukkan oleh peningkatan pengangguran yang berterusan.

Beliau berkata dari perspektif sektor ekonomi, 77.4 peratus graduan bekerja dalam sektor perkhidmatan, diikuti 13.7 peratus dalam sektor pembuatan dan enam peratus dalam sektor pembinaan.

Media Baharu