fb fb fb fb fb

Kerajaan akan pantau kenaikan harga minyak dunia

KOTA BHARU, 6 Mac- Kerajaan akan memantau kenaikan harga minyak dunia selain komoditi utama lain termasuk gandum dan bijirin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata kenaikan mendadak itu semestinya memberi cabaran besar kepada pengurusan kewangan negara.

Ini terutama melibatkan soal peruntukan subsidi.

"Kita sedia maklum bahawa pada masa ini harga - harga minyak ini di beri subsidi, hasil akan meningkat tapi sebahagian hasil itu perlu disalurkan tidak tahu berapa besar belum dibuat perkiraan lagi bergantung kepada andaian tertentu, sebahagian hasil itu akan digunakan untuk membayar tambahan subsidi,"kata Mustapa.

Beliau bercakap pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Transformasi Digital Pasar Besar Siti Khadijah, di Kota Bharu.

Media sebelum ini melaporkan, harga minyak mentah melonjak pada paras tertinggi dalam tempoh tujuh tahun, susulan konflik Rusia dan Ukraine.

West Texas Intermediate diniagakan AS$94 setong, manakala harga minyak mentah Brent meningkat melepasi paras AS$96 setong, tertinggi sejak September 2014.

Sementara itu, mengulas mengenai pengumuman pembukaan sempadan negara tidak lama lagi, Datuk Seri Mustapa berkata ia merupakan berita baik terutama
kepada pengusaha sektor pelancongan.

Ini jelasnya, sektor berkenaan paling terjejas teruk sejak penutupan sempadan negara susulan pandemik COVID-19.

"Ini yg ditunggu-tunggu yang penting kena ada persiapan, kita kena pastikan bahawa segala persiapan itu mantap sebelum diumumkankan tarikhnya, selagi sempadan negara tidak dibuka sukar untuk pulih sepenuhnya ekonomi negara kita jadi salah satu pra syarat untuk pulih sepenuhnya ialah pembukaan sempadan antarabangsa."

Bagaimanapun, beliau mengakui pengumuman pembukaan itu sedikit lambat ekoran kerana ia perlu di lakukan dengan lebih cermat bagi memastikan
negara tidak terdedah kepada ancaman kes penularan jangkitan COVID-19.

Semalam, Perdana Menteri mengesahkan bahawa sempadan negara akan dibuka semula tidak lama lagi dan langkah itu membolehkan ahli Keluarga Malaysia
yang sudah lama tidak bersua muka dapat pulang terutama ketika Aidilfitri pada Mei depan.

Untuk pergerakan keluar masuk antara Brunei dan Thailand, kerajaan juga sedang dalam proses melaksanakan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL)
darat bersama kedua-dua negara.

 

(Datuk Seri Mustapa Mohamed hadir pada Majlis Pelancaran Program Transformasi Digital Pasar Besar Siti Khadijah, di Kota Bharu)

Media Baharu