fb fb fb fb fb

Kerajaan akan beri tumpuan kepada sektor perkhidmatan dalam Belanjawan 2023

(FOTO HIASAN)

PUTRAJAYA, 17 Januari- Kerajaan akan beri tumpuan kepada sektor perkhidmatan dalam Belanjawan 2023 yang bakal dibentangkan pada 24 Februari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sektor tersebut melibatkan teknologi hijau, ekonomi digital serta perusahaan kecil dan sederhana (IKS).

Beliau yang merangkap Menteri Kewangan menjelaskan, dasar kerajaan perlu meningkatkan keupayaan sektor IKS yang dilihat berpotensi tinggi bersaing dengan syarikat-syarikat besar.

"Dari segi dasar kerajaan, harus lebih tertumpu kepada mengupayakan IKS.

"Sebenarnya bidang ini mempunyai potensi besar dan melibatkan kerjaya yg besar, jadi kita perlu mengajak dan angkat keupayaan mereka untuk bersaing dengan syarikat besar,"katanya.

Tambah Datuk Seri Anwar, beliau mengambil pendekatan yang realistik dalam Belanjawan 2023 dengan mengambil kira keadaan ekonomi serta pandangan politik.

"Sekiranya ada keperluan untuk membuat perubahan, kita akan lakukan kerana mandat diberikan adalah mandat untuk melakukan perubahan," katanya.

Beliau bercakap dalam Majlis Dialog Belanjawan 2023 bertema ‘Membangun Masyarakat Madani’ di Putrajaya.


(Perdana Menteri berucap dalam Majlis Dialog Belanjawan 2023 di Putrajaya)

Media Baharu