(Pengunjung karnival diberikan pelitup muka secara percuma)
BANGI, 17 Januari- Golongan peniaga dan pengunjung dinasihatkan supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Walaupun kes harian COVID-19 di negara terkawal, tetapi apabila peniaga dan pengunjung berkumpul di mana-mana pasar atau karnival, SOP tetap harus diutamakan bagi mengelakkan penularan jangkitan.
Jelas penganjur karnival Malaysia-Thailand Food Festival, MATHAF, Alias Mohd Nazri, walaupun penganjuran karnival atau bazar memberikan impak positif kepada ekonomi negara dalam masa sama, kesihatan dan keselamatan perlu dijaga.
Pada masa sama, pengunjung ke karnival tersebut juga telah diberikan pelitup muka sebelum membeli.
"Kami mengedarkan pelitup separuh muka kepada pengunjung-pengunjung yang hadir dan kami berharap mereka dapat mengikuti arahan KKM dan supaya kita dapat membanteras penularan COVID-19 yang ada di negara kita sekarang ini,"katanya.
Karnival MATHAF yang diadakan di Bangi bermula 13 hingga 22 Januari mengumpulkan lebih 50 peniaga kecil tempatan dengan sasaran 100,000 pengunjung.
(Penganjur karnival Malaysia-Thailand Food Festival, MATHAF, Alias Mohd Nazri)