fb fb fb fb fb

Anggota Bomba melecur dihempap timbunan kertas, kilang kitar semula terbakar

(FOTO RTM)

SUNGAI PETANI, 17 Januari-Seorang anggota bomba melecur pada anggota badan dalam kebakaran sebuah kilang kitar semula kertas di kawasan perindustrian Taman Ria Jaya, disini pagi tadi.

Penolong Penguasa Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah JBPM Azhari Abdullah berkata anggota bomba terbabit dihantar menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

Katanya setakat pukul 8.00 pagi tadi usaha memadamkan kebakaran membabitkan dua buah unit bangunan kilang itu giat dilakukan

Kepulan besar asap hitam akibat kebakaran itu dilaporkan dapat dilihat kira-kira sejauh 5 kilometer dalam kebakaran yang dilaporkan kira-kira 5.18 pagi menerusi pusat panggilan MERS999.

Kerja-kerja pemadaman melibatkan enam jentera termasuk jentera tangki air dan satu unit Rapid Intervention Motocycle RIM

Operasi diketuai seorang pegawai, 29 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat BBP Amanjaya dan BBP Sungai Petani serta 19 keanggotan Pasukan Bomba Sukarela PBS dari PBS Semeling, Sungai Petani, Bedong dan Merbok.


(Kebakaran di kilang kitar semula di Sungai Petani awal pagi tadi/FOTO RTM)

Media Baharu