fb fb fb fb fb

Keputusan tangguh umrah untuk melindungi kesihatan awam - Pakar Kesihatan


KUALA LUMPUR, 4 Januari - Penangguhan perjalanan umrah yang diumumkan baru-baru ini merupakan keputusan bagi melindungi kepentingan kesihatan awam.

Ia susulan ancaman varian baharu COVID-19, Omicron yang kini menular dalam kalangan jemaah yang pulang dari melakukan aktiviti umrah.

Pakar Ekonomi Kesihatan UKM, Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berpandangan keterbukaan dan penerimaan orang awam dalam isu tersebut sangat penting kerana ianya mengambil kira ciri-ciri varian yang dilihat lebih berbahaya berbanding Varian Delta

"Langkah kerajaan untuk menghentikan sementara penghantaran jemaah kita adalah berpatutan sewaktu ini, kita lihat jangkitan sangat ketara dan mudah berlaku di Arab Saudi, beberapa perkara mungkin menyumbang kepada isu Omicron ini.

"Seperti kita tahu, ia agak sukar dikesan, memberhentikan jemaah ini sementara untuk melihat situasi dan memastikan jangkitan itu berkurangan, kita patut fikir tentang jemaah kita yang pergi, kalau diteruskan apa perkara buruk yang mungkin berlaku," kata beliau ketika dihubungi Berita RTM.

Menurut beliau, penangguhan sementara umrah amat perlu sehingga langkah kawalan kesihatan dan pencegahan varian dikeluarkan termasuk memberi peluang kepada kerajaan untuk membuat persediaan rapi dalam menguruskan jemaah umrah sebelum aktiviti tersebut dibenarkan semula kelak.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaludin mengumumkan penangguhan sementara aktiviti umrah bertujuan mengurangkan risiko penularan varian Omicron dalam negara berikutan data menunjukkan hampir 78% 'presumptive' (jangkaan) varian tersebut adalah daripada jemaah umrah.

Media Baharu