fb fb fb fb fb

Tanah runtuh akibatkan pergerakan tanah baharu di JRTB



GERIK, 4 Januari
- Pergerakan tanah baharu, dikesan di laluan Jalan Kupang - Gerik - Jeli Jalan Raya Timur Barat (JRTB) susulan retak dan mendap akibat tanah runtuh pada 19 Disember lepas.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Perak dalam kenyataan memaklumkan pergerakan tersebut menyebabkan keretakan berlaku sepanjang 40 milimeter di sekitar kawasan cerun.

Justeru, pemasangan kanvas bagi melindungi jalan merekah selain mengurangkan runtuhan telah dijalankan sebagai tindakan jangka masa pendek.

Kerja-kerja pelebaran bahu jalan turut dilakukan bagi mengalihkan trafik ke laluan selamat.

Laporan kejadian di laluan FT004 itu telah disediakan JKR Hulu Perak bagi siasatan dan tindakan lanjut untuk kerja-kerja pembaikan kekal.

Media Baharu