fb fb fb fb fb

Jemaah umrah boleh pilih pusat kuarantin, kos ditanggung kerajaan

 

PUTRAJAYA, 4 Disember- Kerajaan bersedia menanggung kos urusan kuarantin termasuk makan, minum dan pengangkutan dari lapangan terbang untuk jemaah umrah yang pulang dari tanah suci. Jemaah juga bebas memilih pusat kuarantin sama ada berurusan terus dengan stesen kuarantin swasta atau yang diuruskan kerajaan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad, kerajaan memahami kebimbangan ramai jemaah umrah mengenai kos tambahan dan ketidakselesaan.

"Bagi penempatan kuarantin yang diurus kerajaan, Individu Dalam Pemantauan (PUS) iaitu jemaah yang negatif ujian saringan COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan akan ditempatkan di hotel atau Pusat Latihan Awam.

Namun, ia bergantung kepada ketersediaan bilik pada hari ketibaan.

Tempoh kuarantin pula berdasarkan ketetapan yang disyorkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau turut memaklumkan senarai pusat kuarantin untuk jemaah di Stesen Institut Latihan Awam (QS ILA) ialah di AKEPT Nilai, IAB Nilai, ILIM Bangi, ISEF Bangi, ILKAP Bangi dan Pulapol KL.

Manakala, stesen kuarantin hotel pula melibatkan Klana Resort, Seremban dan 10 hotel di sekitar Kuala Lumpur.

Hotel yang disenaraikan ialah Hotel Royal; Swiss Garden, Bukit Bintang; Hotel IBIS, KLCC; Hotel Furama, Bukit Bintang; Hotel Mercure Kuala Lumpur Shaw Parade; IBIS Style KL Fraser Business Park; Hotel AnCasa; Hotel Cosmo; Hotel KIP dan Hotel Arena Star.

Lapan hotel di Selangor melibatkan Hotel Sama-sama; Hotel Gorsett Grand, Subang; Crystall Crown, PJ; Hotel Sunway Clio; Hotel Hilton Garden Inn, Puchong; Hotel Oriental Crystal; Hotel Summit, USJ dan Hotel Pegasus, Shah Alam.

 

Media Baharu