fb fb fb fb fb

Keputusan SPM 2022 MRSM catat peningkatan memberangsangkan

(Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki)

KUALA LUMPUR, 8 Jun- Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia SPM 2022 bagi Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) mencatat peningkatan yang memberangsangkan.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan 100 peratus dari 7,899 calon SPM lulus dan layak menerima sijil peperiksaan tersebut.

"Bilangan calon yang memperoleh semua A+ adalah seramai 30 dan bilangan calon yang memperoleh semua A (A+, A dan A-) adalah seramai 953 orang berbanding 904 orang pada tahun 2021.

“Sebanyak 24 MRSM telah berjaya mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Gateway to Holistic Education 2021-2025 Bahagian Pendidikan Menengah (BPM).


(Sebahagian pelajar yang mendapat keputusan cemerlang 7A, 8A, 9A, 10A dan 11A dalam
peperiksaan SPM 2022 bergambar kenangan di SMK Seksyen 18, Shah Alam/BERNAMA)

"Terdapat peningkatan Gred Purata Subjek (GPS) bagi subjek teras Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan Sejarah,” katanya kepada pemberita di Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023 di sini hari ini.

Beliau berkata pencapaian subjek sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) juga menunjukkan peningkatan GPS bagi subjek Fizik, Kimia, Biologi, Lukisan Kejuruteraan, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal dan Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

“Subjek elektif seperti Prinsip Perakaunan dan Bahasa Arab juga menunjukkan peningkatan GPS dengan MRSM Kota Putra mencatatkan keputusan 100 peratus  A bagi subjek Bahasa Arab,” katanya.

Beliau turut menyenaraikan Lima buah MRSM terbaik iaitu MRSM Kepala Batas, MRSM Langkawi, MRSM Tun Abdul Razak, MRSM Tun Ghafar Baba dan MRSM Johor Bahru dengan mencatat indeks Gred Purata Maktab (GPM) kurang daripada 2.0.

Media Baharu