fb fb fb fb fb

Maritim Malaysia Kuala Perlis santuni komuniti nelayan   

KUALA PERLIS, 8 Jun- Program Menyantuni Komuniti Nelayan dan Pendedahan Terhadap Aspek Keselamatan Di Laut dianjurkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis dalam usaha merapatkan hubungan komuniti maritim.

Program berlangsung di sekitar perairan Kuala Perlis sempena Hari Kesedaran Keselamatan Maritim (HKKM).

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain berkata program itu bertujuan memberi pendedahan kepada nelayan terhadap kepentingan mengutamakan keselamatan sewaktu berada di laut dan memberi ruang kepada komuniti nelayan yang mencari hasil laut di sekitar perairan Kuala Perlis.

Selain itu, para nelayan dapat berkongsi masalah yang dihadapi di samping menjadi mata dan telinga agensi ketika berada di laut.


(Foto Maritim Malaysia)

Program berkenaan turut dibantu oleh Pegawai Staf Operasi (PSO) Zon Maritim Kuala Perlis, Leftenan Madya Maritim Mohamad Imran Hamedin dalam memberi penerangan khusus kepada nelayan-nelayan tentang aspek keselamatan di laut.

 
Pada program yang sama, risalah berkaitan keselamatan di laut serta cenderahati daripada Maritim Malaysia turut diedarkan kepada komuniti nelayan yang hadir.

Media Baharu