RANTAU, 30 April- Pembahagian kerusi antara parti Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) akan ditentukan selepas DUN dibubarkan.
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, rundingan antara dua blok parti berkenaan akan diadakan bagi mendapatkan keputusan bersama berkenaan agihan kerusi DUN.
Jelasnya, rundingan di peringkat negeri sedang berjalan, namun keputusan agihan tersebut akan ditentukan di peringkat pusat.
"Pembahagian kerusi itu memang belum kita buat lagi kerana saya dah maklum tempoh hari, biar kita buat gerak kerja dulu.
"Kalau kita cerita pasal kerusi nanti memang akan masalah.
"Kerusi ini esok kita buat pembahagian selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan.
"Buat masa ini, kita tiada pilihan apa-apa lagi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Pertahanan itu, di sini.
(Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan)
Berita berkaitan:
5,000 pengunjung hadir rumah terbuka Tok Mat
Kira-kira 5,000 pengunjung hadir memeriahkan majlis Aidilfitri itu selepas tiga tahun ia tidak dianjurkan ekoran penularan wabak COVID-19.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahidh Hamidi turut meluangkan masa menyantuni masyarakat setempat dalam majlis sama.
Selain itu, turut hadir adalah Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Spekaer DUN Negeri Sembilan, Datuk Zulkefly Mohamad Omar.