fb fb fb fb fb

Keputusan kerajaan tidak naik tarif elektrik disambut baik pengguna

SEREMBAN, 15 Disember- Keputusan kerajaan tidak menaikkan tarif elektrik bagi pengguna domestik, Industri Kecil dan Sederhana (IKS), syarikat berasaskan pertanian serta pengeluar makanan disambut baik pengusaha.

Rata-rata pengusaha ditemui lega dengan pengumuman dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengusaha palet, Mohd Zaid Salleh melihat ia peluang untuk mengembangkan sektor ekonomi dengan tidak menaikkan harga.

"Alhamdulilah, berita terbabit memberikan semangat untuk kami pergi lebih jauh. Dengan ekonomi hari ini, ia sedikit sebanyak membantu kami," katanya ketika ditemui pemberita, di sini.

Sementara itu, pengusaha makanan, Hazli Irmawani Hanapi berkata pengumuman itu memberikan kelebihan sebagai pengusaha.


(Pengusaha palet, Mohd Zaid Salleh melihat ia peluang untuk mengembangkan
sektor ekonomi dengan tidak menaikkan harga)

"Terima kasih Perdana Menteri. Pengumuman diberikan itu memberikan banyak kelebihan kepada kami sebagai pengusaha makanan," katanya.

Media Baharu