fb fb fb fb fb

Kepulauan Aegean: Greece gesa Turkiye hentikan tuntutan

ANKARA, 30 Julai - Menteri Luar German yang melawat Turkiye, Annalena Baerbock menggesa Turkiye menghormati kedaulatan Greece dan menghentikan tuntutan ke atas kepulauan Aegean.

Beliau juga mencadangkan agar kedua-dua pihak agar duduk semeja untuk membincangkan pertindihan berhubung ruang udara dan zon maritim di lautan Mediterranean.

"Pulau-pulau Lesbos, Chios, Rhodes dan banyak lagi adalah wilayah Greece dan tiada siapa yang berhak mempersoalkannya. Walau bagaimanapun, perbincangan lebih terperinci adalah lebih baik bagi mengatasi pertindihan yang dikemuka kedua belah pihak," katanya.


(Menteri Luar German, Annalena Baerbock/ AFP)

Turkiye mengancam untuk mencabar kedudukan Greece di pulau-pulau tersebut jika Greece terus menempatkan tenteranya di sana yang telah sekian lama menjadi duri dalam daging kepada hubungan dua hala Greece-Turkiye.

Ia ditambah dengan penemuan rizab gas di kawasan tersebut yang dilihat kedua pihak sebagai sangat menguntungkan. - AFP

Media Baharu