fb fb fb fb fb

PM dan 15,000 Keluarga Malaysia sertai program 'Berjalan Teguh Bersama'

PUTRAJAYA, 30 Julai- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Dataran Putra, Wisma Putrajaya bagi menyempurnakan dan menyertai program 'Berjalan Teguh Bersama'.

Ketibaan beliau kira-kira 7.50 pagi di sambut Menteri Komunikasi dan Multimedia, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022, Tan Sri Annuar Musa.

Aktiviti berjalan kaki secara santai sepanjang laluan berjarak 2.7 kilometer itu bermula dari Dataran Putra dan berakhir di Istana Kehakiman, Putrajaya.

Program dimeriahkan dengan penyertaan lebih 15,000 Keluarga Malaysia.

Persembahan jalanan termasuk hiburan, pancaragam dan persembahan tradisional juga diadakan di setiap tempat pemeriksaan yang ditetapkan.

Perdana Menteri seterusnya dijadualkan melancarkan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 sejurus tiba di 'checkpoint' terakhir.

Turut berlangsung, pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia.

 


(Perdana Menteri dan beberapa menteri kabinet bersama ribuan Keluarga Malaysia berjalan kaki santai
sejauh 2.7 kilometer dari Dataran Putra dan berakhir di Istana Kehakiman, Putrajaya)

Media Baharu