fb fb fb fb fb

Maal Hijrah: 1,000 umat Islam di Negeri Sembilan imarahkan Masjid Negeri

SEREMBAN, 29 Julai- Sambutan Maal Hijrah 1444H Peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di Masjid Negeri, Seremban diimarahkan dengan kehadiran lebih seribu umat Islam.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir berkenan merasmikan sambutan Ma’al Hijrah itu yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Turut berkenan berangkat, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud serta putera baginda, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Tunku Zain Al-’Abidin Tuanku Muhriz.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad ketika ditemui berkata, tema bagi sambutan Maal Hijrah 1444 iaitu "Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran" menjadi simbolik kepada kebersamaan rakyat negara ini untuk bersatu padu.

"Kalau semua orang bertanggungjawab dengan apa yang dikatakan Keluarga Malaysia itu jadi kita sebagai satu keluarga tolong-menolong, hormat-menghormati antara satu sama lain. Jadi dengan ini apa sahaja yang nak dibuat oleh pemerintah bagi mengusahakan lagi pembangunan negara kita dari semua sudut kemajuan masyarakat, pembangunan negeri, pembangunan ekonomi jado semuanya akan disokong dan dibantu dengan kerjasama ahli Keluarga Malaysia," katanya.


(Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad)

Media Baharu