fb fb fb fb fb

Keperluan penambahan kuota subsidi diesel dalam perbincangan

Foto hiasan

PUTRAJAYA, 13 Jun- Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kewangan dan Pengusaha Bas Ekspress sedang melakukan perbincangan bagi meneliti keperluan penambahan kuota subsidi diesel.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, ketika ini, keutamaan diberikan kepada lori berkategori mengangkut kargo.

"...sebab itu melibatkan industri. Dia bukannya diberi kepada barangan pengguna. Apa yang kita bagi subsidi adalah lori-lori yang mengangkut kargo barangan yang akan ada kesan kepada kos pengguna.

"Perbincangan sedang berlaku sekarang ini antara pihak Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kewangan bersama-sama pengusaha bas ekspres, bas perhenti-henti dan bas sekolah untuk melihat penambahan kuota subsidi diesel kepada mereka," katanya dalam sidang media di sini.

Penyasaran subsidi ditumpukan kepada 23 kategori kenderaan yang disenaraikan MOF termasuk lori rigid, dan penggerak utama.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI