fb fb fb fb fb

AGC pandang serius ugutan, Inkues Zara Qairina

Foto BERNAMA

KOTA BHARU, 7 September - Jabatan Peguam Negara (AGC) menasihatkan orang ramai supaya menghormati proses keadilan yang sedang dijalankan, termasuk dalam prosiding inkues Zara Qairina Mahathir.

Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata pihaknya memandang serius sebarang bentuk ugutan atau komen yang boleh mengganggu saksi, seperti dialami pakar patologi Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I, Dr Jessie Hiu.

"Keterangan Dr Jessie ni amat penting utk membantu mahkamah koroner untuk mencapai keputusan yg adil bagi memberi keadilan kepada semua pihak.

"Jadi sebarang bentuk ugutan ataupun perbuatan negatif ataupun sebarang tingkahlaku yang boleh mengancam nyawa saksi-saksi termasuk ahli patalogi tidak boleh di pandang ringan", katanya.
 
Mengulas lanjut, beliau memaklumkan individu yang di dakwa membuat ancaman sudah ditahan awal pagi tadi mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.
 
Terdahulu, Pakar Patologi Forensik, Dr Jessie Hiu, membuat laporan polis berhubung ancaman diterima daripada orang ramai dipercayai susulan keterangannya selama dua hari dalam prosiding inkues kematian pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda dan suspek yang membuat ancaman berkenaan telah ditahan awal pagi tadi.

Mengulas lanjut, Tan Sri Mohd Dusuki berharap siasatan terhadap individu yang membuat ancaman berkenaan wajar dipercepat dan semua pihak di minta bersabar kerana inkues di jangka mengambil masa yang panjang.

Terdahulu beliau merasmikan Majlis Peluncuran Sekolah Angkat Malaysia MADANI Jabatan Peguam Negara di Sekolah Kebangsaan (SK) Long Gaffar, Kota Bharu.

Trainee