fb fb fb fb fb

Keperluan CIQS di Tawau bawa manfaat kepada Malaysia-Indonesia - Shafei Apdal

(FOTO HIASAN)

KOTA KINABALU, 24 Januari - Kerajaan perlu melihat keperluan mewujudkan kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) di Serudong, Kalabakan di Tawau yang telah dikenal pasti semasa pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan, beberapa tahun dahulu.

Dengan adanya CIQS di Utara Sabah dan Utara Kalimantan, ia pasti membawa manfaat besar bagi kedua-dua negara yang berjiran.

Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata melalui CIQS, pelbagai manfaat dapat mengeratkan lagi hubungan antara dua buah negara dalam pelbagai sektor penting mencakupi politik, ekonomi dan sosial.

(Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal / FOTO FAIL)

“Tawau begitu hampir dengan utara Kalimantan dan CIQS Tawau itu telah dikenal pasti beberapa tahun lalu di bawah pemerintahan PH.

“Jadi perlu dilihat semula keperluan mewujudkan CIQS itu bagi membolehkan supaya hubungan erat dapat dilahirkan antara Kalimantan Utara dan juga rakyat Malaysia di utara Sabah,” katanya semasa majlis sambutan Tahun Baharu Cina Naib Presiden Warisan, Datuk Junz Wong di Tanjung Aru, di sini.

Tambah Shafei, ia bukan hanya berkait rapat dengan CIQS, sebaliknya ia bakal merubah momentum secara holistik bagi kedua-dua negara.

Media Baharu