fb fb fb fb fb

MetMalaysia keluarkan amaran hujan lebat tahap bahaya di enam negeri

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 24 Januari - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di beberapa daerah di Johor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah hingga Rabu ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan yang dikeluarkan pukul 1 tengahari tadi memaklumkan daerah yang terlibat di Johor ialah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru manakala di Sabah, daerah yang terbabit ialah Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat).

(FOTO FB METMALAYSIA)

"MetMalaysia turut menjangkakan hujan lebat berterusan tahap buruk hingga Rabu di Pahang (Pekan dan Rompin); Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian); Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah dan Bintulu (Bintulu) di Sarawak serta Pedalaman Sabah (Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu) dan Kudat (Kota Marudu)," kata MetMalaysia.

Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap waspada hingga Rabu juga turut dikeluarkan membabitkan Pahang (Maran, Kuantan dan Bera); Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin); Melaka; Sri Aman, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) di Sarawak serta di Sabah, kawasan yang terbabit ialah Sandakan (Tongod).

Media Baharu