PERAI, 12 Mei - Malaysia selaku Pengerusian ASEAN 2025 akan mengambil peluang memperluas industri halal ke seluruh negara serantau memandangkan industri tersebut hanya tertumpu di Thailand serta Indonesia.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata peluang sebagai pemimpin ASEAN perlu dimanfaatkan sepenuhnya, mengambil kira populasi blok itu yang kini mencecah 600 juta orang.
"Usaha-usaha yang dilakukan oleh Matrade adalah menyebarluaskan pasaran dalam kalangan pasaran ASEAN. Saya telah mencadangkan agar diwujudkan Halal Council for ASEAN dan kita akan mengadakan forum Halal ASEAN ini dalam bulan September," beliau menyatakannya selepas melancarkan Majlis Pembangunan Industri Halal Pulau Pinang di Seberang Jaya.
Hadir sama, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Penyelaras Hal Ehwal Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datin Paduka Hajah Hakimah Mohd Yusoff.