fb fb fb fb fb

Kepala mangsa ditemukan hanyut

LUNDU, 21 Mei - Misteri kehilangan seorang lelaki ketika menangkap ikan di Kampung Kangka dekat Lundu pada Khamis terjawab apabila kepalanya ditemui hanyut kira-kira satu kilometer dari lokasi dia dipercayai hilang.

Kepala mangsa, Sebarang Bingkok, 56, yang dipercayai dibaham buaya ditemui anak saudaranya, semasa dia menyusuri sungai tersebut kira-kira pukul 5 petang.


(Pihak berkuasa akan menyambung usaha mencari anggota badan mangsa yang lain)

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.10 minit petang

Operasi Mencari dan Menyelamat, SAR diaktifkan sejam setengah kemudian sekitar radius satu kilometer mangsa dilaporkan hilang membawa kepada penemuan kepala mangsa.

SAR diteruskan sehingga pukul 8 malam, namun tiada sebarang penemuan baharu memaksa operasi ditangguhkan 20 minit kemudian.

Hari kedua operasi berkenaan diteruskan pukul 9.00 pagi tadi, melibatkan tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lundu.

Media Baharu