fb fb fb fb fb

Sayap Belia PBB langkah strategik galak anak muda dalam politik

Sayap Pergerakan Belia oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak

SIBU, 6 Oktober – Penubuhan Sayap Pergerakan Belia oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak merupakan langkah strategik untuk menggalakkan penglibatan golongan muda dalam politik, terutama dalam konteks perkembangan negeri Sarawak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, penubuhan itu untuk memperkasakan belia berusia antara 18 hingga 28 tahun agar dapat memberikan sumbangan bermakna dalam pembangunan PBB dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Jelasnya, sebagai parti dominan adalah penting untuk melatih pemimpin muda dari peringkat awal, supaya mereka dapat mengisi jawatan di sayap pemuda atau wanita dan akhirnya ke pucuk pimpinan.

"Hari ini adalah satu hari sejarah di mana PBB menerima para belia. Kami berharap program ini dapat berfungsi sebagai latihan praktikal di semua organisasi korporat, di mana mereka bukan sahaja belajar tetapi juga dapat menyumbang ke arah masa depan.

“Dengan latihan dan pendedahan yang diberikan, ia akan dapat menunjukkan kualiti kepimpinan dalam parti dan juga dalam negeri ke arah masa depan yang lebih mampan," katanya selepas merasmikan majlis Pelancaran Sayap PBB hari ini.

Tambahnya, sebagai pimpinan Sarawak hendaklah mengetahui selok-belok untuk menyatukan rakyat berbilang kaum, bangsa, agama serta pelbagai latar belakang ke arah satu platform dan meningkatkan corak hidup dan kualiti rakyat Sarawak.

GRACE AISYAH KEDAYAN