fb fb fb fb fb

AADK perkenal MRT bantu penagih dadah

KAJANG, 21 Mei - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) memperkenalkan Perkhidmatan Rawatan Pemulihan Bergerak (MRT) di fasiliti AADK dalam usaha membantu individu yang mempunyai kekangan untuk mendapatkan rawatan pemulihan dadah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata langkah tersebut penting bagi memastikan penagih benar-benar pulih dan tidak kembali mengambil dadah.


(Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin)

"Ini adalah sesuatu program rawatan dan pemulihan AADK yang baru, kalau dahulu kita hanya menunggu supaya pelangan datang kepada kita,tapi kali ini ianya cuba untuk mendampingi ataupun menyantuni berjumpa dengan pelangan di tempat mereka.

"Kalau dahulu kita juga tunggu daripada pelangan yang datang daripada penjara kali ini kita hendak ke penjara dahulu. Ini semua adalah sesuatu yang kita lakukan berbeza daripada program-program yang telahpun dirancang sebelum ini," Kata Hamzah ketika berucap pada Majlis Pelancaran MRT AADK di sini.

Lebih 15,000 pelatih AADK dilapor selesai menjalani rawatan pemulihan, setiap tahun.

Bagaimanapun, kadar pelatih yang pulih sepenuhnya hanyalah sekitar 65 peratus dengan anggaran 5,877 pelatih kembali menagih dadah.

Antara faktornya, terpengaruh dengan kawan-kawan, pandangan serong masyarakat dan kurang mendapat sokongan daripada keluarga.

Media Baharu