fb fb fb fb fb

Ekport minyak sawit, KPPK terus bincang kurangkan kadar cukai

KUALA LUMPUR, 21 Mei - Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) akan berbincang dengan Kementerian Kewangan berhubung cadangan mengurangkan cukai eksport minyak sawit Malaysia.

Kadar cukai yang dicadangkan di antara 4 dengan 6 peratus berbanding kadar semasa 8 peratus.


(Foto hiasan)

Menterinya Datuk Zuraida Kamaruddin menerusi satu kenyataan berkata, turut dibincangkan cadangan melambatkan pelaksanaan mandat biodiesel Malaysia.

Ia bertujuan membantu memenuhi pemintaan global di tengah-tengah kekurangan minyak makan.

Beliau turut menggesa pemain industri untuk menumpukan perhatian kepada pemboleh ubah pasaran yang mampu mencetuskan ketidaktentuan harga.

"Ini termasuk dasar eksport Indonesia, pemulihan pengeluaran minyak sawit Malaysia, dasar biodiesel pelbagai negara, konflik Rusia-Ukraine serta cuaca di Amerika Syarikat dan Amerika Selatan," Kata Zuraida.

"Kementerian akan terus memantau situasi terkini perubahan dasar Indonesia bagi memastikan industri sawit Malaysia terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi," katanya.

Media Baharu