fb fb fb fb fb

Ekonomi negara tunjuk pertumbuhan positif selepas fasa peralihan ke endemik

KUALA TERENGGANU, 20 Mei - Ekonomi negara menunjukkan pertumbuhan positif sejak negara memasuki fasa peralihan ke endemik.

Situasi itu turut memberi kelegaan kepada semua sektor termasuk pelancongan.

Perdana Menteri, Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelancongan merupakan antara sektor penyumbang utama Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Beliau berkata berdasarkan perangkaan Jabatan Imigresen Malaysia, negara menerima kemasukan lebih 600,000 warga asing sejak pintu sempadan dibuka 1 April lalu.


(Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob masa berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia
Aidilfitri 2022 di Dataran Drawbridge di sini malam ini)

"Daripada jumlah tersebut, 93.8 peratus atau 567,025 orang adalah pelancong.

"Sehubungan itu, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM230 juta dalam Belanjawan 2022 di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan yang memberikan manfaat kepada penggiat seni, budaya dan warisan di bawah sektor pelancongan", katanya semasa berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Aidilfitri 2022 di Dataran Drawbridge di sini malam ini.

Katanya, di awal pengumuman pembukaan semula sempadan antarabangsa negara, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah menyasarkan kemasukan kira-kira dua juta pelancong asing pada tahun ini dengan pendapatan RM8.6 bilion.

Media Baharu