fb fb fb fb fb

PM pertahan jawatan Presiden PKR

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan akan mempertahankan jawatan Presiden PKR pada pemilihan parti itu hujung bulan ini./ Foto Bernama

PUTRAJAYA, 9 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan mempertahankan jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pemilihan parti penggal 2025–2028.

Datuk Seri Anwar yang juga Presiden PKR berkata, setakat ini tiada individu yang menghantar borang pencalonan untuk mencabar jawatan yang digalasnya ketika ini.

“Presiden masih kosong. Saya tak daftar lagi. Saya isi (borang) kemudian,” katanya secara ringkas kepada pemberita.

Terdahulu, beliau menunaikan solat Jumaat di Surau Al Iman dan menjamu selera di Restoran Kampung Pandan Kari Kepala Ikan Termasyhur, Presint 9.

Sebelum itu, beliau enggan mengulas lanjut ketika ditanya pemberita mengenai pencalonan Nurul Izzah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.

MOHAN CHINNASAMY