fb fb fb fb fb

Usaha kerajaan martabat bahasa Melayu beri identiti kepada generasi akan datang

BANGI, 21 Mei - Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim menzahirkan penghargaan kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri atas usaha memartabat serta memperkasa bahasa Melayu.

Beliau yakin inisiatif itu merupakan satu langkah menyebar luas identiti nasional menerusi Bahasa Kebangsaan seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.


(Tan Sri Dr. Rais Yatim)

"Kalau kita tidak terjemahkan Akta Bahasa Kebangsaan yang wujud sekarang bersama dengan kuatkuasaan Artikel 152 serta 160 yang saya sebut tadi, kita akan gagal. Jadi Yang Amat Berhormat, Perdana Menteri tahniah kepada beliau waima apapun yang dikritikan oleh pihak tertentu kami harap beliau tidak undur.

"Jadi ini satu langkah yang benar yang jitu dan memberi identiti serta gesaan nasional kepada generasi akan datang".

Dr. Rais menyatakannya selepas Majlis Kenduri Budaya anjuran Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi.

Media Baharu