fb fb fb fb fb

Kepala air di Lata Ulu Kasar, surut

(Pengunjung ketika fenomena kepala air di Lata Ulu Kasar)

SETIU, 3 September- Orang ramai masih mengunjungi kawasan yang berisiko dengan fenomena kepala air.

Susulan kejadian kepala air di Lata Ulu Kasar, Sungai Tong Setiu pada petang Jumaat, tinjauan RTM masih mendapati pusat rekreasi itu masih dikunjungi orang ramai biarpun fenomena kepala air itu telah surut.

Orang awam juga masih melakukan aktiviti riadah seperti biasa.

Dalam satu pertemuan bersama Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Mohd Isa, "telah meminta majlis tempatan masing-masing untuk meletakkan tanda amaran di kawasan yang berisiko kejadian fenomena kepala air."

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang semalam, fenomena kepala air itu melanda tempat orang ramai beriadah dan berkhemah sehingga menyebabkan enam kereta terperangkap.

Kejadian itu berpunca daripada kepala air dari bahagian Hulu Sungai Ulu Kasar akibat hujan lebat menyebabkan mangsa dan enam buah kenderaan terperangkap.

32 individu termasuk 13 kanak-kanak terlibat dalam kejadian itu.

Tiada kecederaan yang berlaku dan kesemua mereka dilaporkan selamat.

(Antara kenderaan terperangkap dalam fenomena kepala air di Lata Ulu Kasar, Sungai Tong, Setiu )

Media Baharu