fb fb fb fb fb

400,000 unit PerantiSiswa diagihkan bermula hari ini - Annuar

(Tan Sri Annuar Musa menunjukkan PerantiSiswa Keluarga Malaysia kepada Perdana Menteri, Datuk Seri
Ismail Sabri Yaakob pada majlis pelancaran Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia/ Foto BERNAMA) 

SHAH ALAM, 3 September - 400,000 unit PerantiSiswa Keluarga Malaysia diagihkan bermula hari ini dan ia akan memberi manfaat kepada mahasiswa menjalani proses pembelajaran dengan lancar.

Ia merupakan salah satu usaha kerajaan dalam merapatkan jurang digital memandangkan kebergantungan terhadap teknologi itu semakin menunjukkan peningkatan.

Menyedari keperluan mahasiswa terhadap teknologi digital, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) komited memastikan mereka daripada golongan B40 mampu memiliki peranti masing-masing.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata awalnya ia hanya dihadkan kepada pelajar universiti awam, namun diperluaskan kepada institusi di bawah Kementerian Pendidikan serta institusi pengajian swasta serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.

Penerima bakal menerima tablet jenis Samsung Galaxy model terkini.


(Tan Sri Annuar Musa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bergambar bersama
barisan penerima PerantiSiswa Keluarga Malaysia di UiTM Shah Alam/ Foto BERNAMA)

Pembekalan peranti tersebut dilakukan melalui tender terbuka mengikut zon merangkumi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

"Dan peranti-peranti ini apabila diberikan kepada siswa-siswi, tidak perlu risau, jaga baik-baik, kalau rosak hantar sahaja ke pusat akan dapat terus gantian yang lain, pembelajaran tidak terganggu kerana ia cepat diganti,kalau banjir, kebakaran juga tidak perlu risau kerana peranti lain akan diberikan secara berterusan, asalkan jangan dijual, datang 'claim' tuntut yang baharu," kata beliau ketika berucap semasa majlis pelancaran Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam, di sini hari ini

PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan idea Datuk Seri Ismail Sabri yang mahu memastikan semua pelajar tingkatan enam dan mahasiswa mampu memiliki peranti sendiri.

Media Baharu