fb fb fb fb fb

KEPAK sasar 3,000 Penolong Pegawai Tadbir daftar keahlian menjelang akhir tahun

Presiden KEPAK, Azrie Azeh

MELAKA, 16 November- Kesatuan Pegawai Eksekutif Malaysia (KEPAK) mensasarkan 3,000 perjawatan Penolong Pegawai Tadbir mendaftar sebagai ahli kesatuan menjelang akhir tahun ini.

Menurut Presidennya, Azrie Azeh, sehingga kini hanya 2,500 orang yang mendaftar daripada hampir 6,000 perjawatan Penolong Pegawai Tadbir.

"Kita sasarkan sekurang-kurangnya 50 peratus keahlian dan tahun depan kita akan sasar lagi melebihi 60 peratus kerana keahlian sangat penting kepada kita kerana setiap kali kertas kerja yang kita bentangkan soalan pertama yang dikemuka berkaitan dengan suara majoriti jadi kita perlu meramaikan ahli untuk menunujukkan bahawa setiap tuntutan dan cadangan hadir daripada majoriti Penolong Pegawai Tadbir,"katanya.

Beliau ditemui selepas Majlis Perasmian Program ‘United We Stand’ (UWS2023) Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir Zon Selatan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari di Bandaraya Melaka.

Pada majlis berkenaan turut disampaikan Anugerah Khas UWS2023 kepada penyandang jawatan Penolong Pegawai Tadbir bagi Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE