fb fb fb fb fb

Peruntukan RM4.7 juta, beri peluang 400 pekerja industri melanjutkan pengajian

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri Melaka, Datuk Fairul Nizam Roslan

AYER KEROH, 16 November- Sebanyak RM4.7 juta disediakan kepada 400 pekerja industri di Melaka yang berminat melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Peruntukkan berbentuk yuran pengajian daripada Kuala Lumpur International Education Consortium (KLIEC) itu terbuka kepada semua industri di negeri itu dengan menawarkan Diploma Profesional dalam pelbagai bidang.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, program pendidikan yang dijalankan dengan kerjasama Invest Melaka Bhd berkenaan dijangka membantu meningkatkan taraf pendidikan pekerja industri di Melaka.

Datuk Fairul berkata, ia akan dijalankan secepat mungkin dan beliau menyeru sektor industri untuk merebut peluang berkenaan.

"Ini bukan berbentuk wang tunai tetapi KLIEC menaja RM 4.7 juta berbentuk yuran tuisyen kepada mana-mana sektor industri yang ingin menghantar pekerja mereka untuk mendapatkan Diploma profesional dalam mana-mana bidang.

"Program ini, pada peringkat awalnya dibincangkan oleh KLIEC bersama Invest Melaka dan hari ini pelaksanaannya dan saya menyeru kepada semua industri di Melaka merebut peluang ini, RM 4.7 juta adalah satu kos yg besar", katanya ketika ditemui selepas merasmikan Seminar 'Accreditation Development For Hrdcorp Member Companies' di Ayer Keroh.

Datuk Fairul berkata, pelbagai program pendidikan lain juga akan dijalankan KLIEC bersama Invest Melaka Bhd termasuk Program Arba'a.

Program ini memberi peluang kepada pelajar tahfiz di negeri itu yang berjaya menghafaz 15 juzuk Al-Quran menlanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi sekurang-kurangnya Diploma Pengurusan Halal.

ROSLINA BINTI DIN