fb fb fb fb fb

Kenyataan kasino di Forest City, PDRM buka kertas siasatan ke atas Chegu Bard

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 28 April- Polis mengesahkan penahanan Ahli Jawatankuasa Penerangan BERSATU, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard pada Sabtu.

Satu kertas siasatan dibuka berkaitan kenyataannya mengenai kasino di Forest City, Johor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata Mahkamah Majistret di membenarkan Chegu Bard direman dua hari sehingga esok.

Chegu Bard dalam hantarannya mengaitkan Perdana Menteri dengan isu pembinaan kasino di Forest City serta melibatkan Yang di-Pertuan Agong sebagai benteng kritikan.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM