fb fb fb fb fb

10 rumah rosak akibat ribut di Sungai Petani

Keadaan salah sebuah rumah yang rosak akibat ribut petang tadi

SUNGAI PETANI, 28 April- Hujan lebat beserta ribut yang melanda daerah Kuala Muda, Kedah petang tadi menyebabkan 10 buah rumah mengalami kerosakan.
 
Kejadian berlaku kira-kira pukul 5.30 petang.
 
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten Pertahanan Awam Azahar Ahmad berkata sebuah kediaman rosak di Kg Berapit yang terletak di Mukim Pekula.
 
Beliau berkata, turut mengalami kerosakan ialah empat buah kediaman di Kg Sri Gading, Jeniang termasuk masing-masing satu di Kg Kuala Dahanan dan Kg Jalan Sekolah Kebangsaan Jeniang yang terletak di Mukim Gurun.
 
Selain itu katanya,  laporan kerosakan rumah Mukim Sungai Pasir  iaitu masing-masing sebuah di Kg Teluk Wang Besar, Kg Teluk Wang Kechil dan Kg Bukit.
 
Jelas Azahar, pihaknya kini masih mengumpul maklumat dan sedang membuat bancian penduduk yang terlibat.
 
Setakat ini tiada pusat pemindahan sementara PPS dibuka, namun PPS dalam keadaan siapsiaga sekiranya terdapat penduduk yang memerlukan pelindungan sementara.
 
Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE