BANDARAYA MELAKA, 1 Julai-Kerajaan Negeri Melaka bakal menganjurkan Kenduri Muhibbah yang menggabungkan tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India sebagai salah satu usaha mempromosikan kebudayaan dan pelancongan negeri.
Menurut Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, programberkenaan akan diadakan di Jalan Harmoni atau dahulunya dikenali sebagai Jalan Tukang Emas, Jonker Walk.
Menurut Abdul Razak, anatara pengisian pada program itu nanti adalah seperti gotong-royong bagi menyediakan juadah dan amalan keagamaan masing-masing.
"InsyaAllah kita akan laksanakan Kenduri Muhibbah dalam masa terdekat.
"Sudah semestinya tiga agama di Malaysia ini kita raikan bersama", katanya selepas ditemui pemberita pada Program Korban Berkelompok di Dataran Kampung Mata Kuching di sini.
Lebih 2,000 pengunjung disasarkan hadir pada program berkenaan.
(Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman)