fb fb fb fb fb

Kenderaan mewah rosak teruk, langgar gajah di Setiu

Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan dengan seekor gajah di Setiu, malam tadi

SETIU, 16 Mac- Sebuah kenderaan mewah rosak teruk di bahagian hadapan selepas melanggar seekor gajah dalam kejadian di Kilometer 45 Kampung Kolam Jalan Kuala Terengganu Kampung Raja di Merang Setiu malam tadi.

Bagaimanapun pemandu berusia 42 tahun seorang Pengurus di sebuah Syarikat tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superitendan Afandi Husin menerusi kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan pada 10.15 malam tadi.

Siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku semasa mangsa dalam perjalanan dari Rhu 10 menuju ke Lembah Bidong.

Ketika sampai di lokasi kejadian seekor gajah berada di atas jalan di laluan pemanduan dan mangsa tidak sempat mengelak lalu melanggar gajah tersebut.

Beliau tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala gajah yang dilanggar mengalami kecederaan di bahagian kaki dan jatuh di tempat kejadian. 

Walaubagaimanapun, lebih kurang 10 minit selepas kemalangan gajah tersebut telah bangun dan melarikan diri ke dalam hutan yang berhampiran.

Siasatan awal juga mendapati, gajah tersebut telah dilihat berkeliaran di kawasan tersebut sekitar 6.30 petang dan berada di dalam makluman Perhilitan Besut untuk tindakan.

Usaha untuk mengesan gajah berkenaan masih diteruskan oleh sembilan anggota dari Pejabat Perhilitan Besut dengan dibantu orang awam.

Gajah tersebut dipercayai menuju ke Bukit Putera, Setiu dengan melalui jalan hutan.

ROSLINA BINTI DIN