fb fb fb fb fb

Kenderaan berat potong barisan diarah berpatah balik

JOHOR BAHRU, 21 Oktober- 15 kenderaan berat diarahkan berpatah balik ke Malaysia kerana memotong barisan di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah.

Menerusi kenyataan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor, semua kenderaan terlibat kemudian diarahkan memasuki semula barisan sedia ada di KSAB.

Tindakan tegas itu diambil susulan aduan diterima orang awam berhubung kenderaan berat yang sering memotong barisan.

Tindakan tersebut juga telah menghalang laluan kenderaan ringan menuju ke Singapura, di Jambatan Link Kedua kerana aliran trafik sesak di lokasi.

Tindakan tegas diambilĀ terhadap kenderaan berat yang sering memotong barisan

Orang ramai boleh terus menyalurkan aduan menerusi aplikasi e - Aduan @ JPJ beserta butiran pengadu dan aduan.

Media Baharu