fb fb fb fb fb

Operasi Khas Pengarah: JPJ Johor keluar 126 notis kesalahan

JOHOR BAHRU, 21 Oktober - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor mengeluarkan 126 notis terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan menerusi Operasi Khas Pengarah yang dijalankan di susur Jalan Skudai - Pontian, di sini , kelmarin.

Menerusi kenyataan JPJ Johor, sebanyak 75 daripada 235 kenderaan telah diperiksa dan diambil tindakan.

Operasi turut melibatkan 78 notis P22, dan 16 notis PG1.

(Anggota JPJ Johor menjalankan Operasi Khas Pengarah)

Antara kesalahan dikesan ialah, 55 kes penggunaan cermin gelap tidak mengikut spesifikasi, 20 kesalahan tiada lesen memandu, dan 16 atas kesalahan nombor pendaftaran tidak mengikut syarat.

Tindakan diambil mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Media Baharu