fb fb fb fb fb

Ziarah kasih ceriakan sambutan Deepavali

MATA AYER, 21 Oktober - Bersempena sambutan Deepavali Isnin ini, 11 keluarga sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini disantuni menerusi Program Ziarah Kasih Deepavali.

Program ini dilaksanakan untuk menyalurkan bantuan berupa barangan keperluan harian dan wang tunai kepada mereka yang bakal menyambut perayaan Deepavali.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Rancangan Perumahan Awam Mata Ayer 2, Abdul Razak Abdul Rahman program Ziarah Kasih Deepavali telah dilaksanakan secara tahunan setiap kali menjelang sambutan Deepavali.

(Program Ziarah Kasih Deepavali erat dan kukuhkan perpaduan )

"Sumbangan ini sedikit sebanyak mampu menceriakan masyarakat India bagi menyambut Deepavali serta mengerat dan mengukuhkan perpaduan merentasi agama serta kaum seterusnya merealisasikan konsep Keluarga Malaysia," kata Abdul Razak di sini.

Beliau ditemui media pada Program Ziarah Kasih bersempena Deepavali sekitar Mata Ayer bersama kepimpinan masyarakat setempat serta belia kawasan Mata Ayer.

Bersempena program ini juga, empat individu yang uzur turut diziarahi dan memberi sumbangan barangan keperluan harian dan wang tunai sebagai tanda keprihatinan bagi mereka yang memerlukan bantuan.

Media Baharu