fb fb fb fb fb

Penggunaan platform digital mampu serlahkan produk pelancongan negara

KUALA LUMPUR, 21 Oktober - Pengiat industri pelancongan domestik perlu meluaskan lagi aspek pendigitalan bagi mempromosi produk ke arah memulihkan kembali sektor itu selepas terjejas akibat pandemik COVID-19.

Presiden Majlis Pelancongan Malaysia, Uzaidi Udanis berkata penggunaan platform digital mampu menyerlahkan lagi keunikan produk dalam negara bagi menarik perhatian pelancong antarabangsa.

Pandemik COVID-19 bukan hanya satu krisis kesihatan dunia, bahkan ia turut memberi indikasi bahawa setiap pemain industri perlu mula mesra digital.

Ini bagi meningkatkan promosi dan bersaing secara positif dalam pasaran pelancongan global.

"Penggiat industri boleh melihat bagaimana kita boleh menggunakan seperti B2B, B2C untuk kita tawan pelancong-pelancong. Jadi pentingnya ilmu digital ini untuk kita memasarkan produk-produk kita. Inilah antara inisiatif yang penting sangat untuk kita.

(Uzaidi Udanis bercakap kepada pemberita RTM di Angkasapuri)

"Malaysia ini boleh menawarkan pengalaman unik dan pengalaman antara luar biasa untuk pelancong datang bukan sekali tetapi setiap tahun," kata Uzaidi di sini.

Usaha ini adalah anjakan paradigma baharu dalam pengurusan pelancongan sekali gus mempercepatkan lagi proses transformasi pembangunan pelancongan digital negara.

Dalam perkembangan lain, pihaknya bakal menganjur Malaysia Tourism Council Gold Award 2022 untuk memberi penghormatan dan mengiktiraf wira pelancongan yang berjuang untuk meneruskan kelangsungan sektor itu pada masa yang mencabar.

Ia akan berlangsung di Borneo Convention Centre, Kuching, Sarawak pada esok.

Media Baharu