fb fb fb fb fb

Pengundi muda mampu beri impak besar kepada perkembangan politik negara

KUALA LUMPUR, 21 Oktober - Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bakal mencatat sejarah apabila generasi muda berumur 18 tahun buat pertama kali turut diberi kuasa untuk mengundi, kata Pakar Geostrategi, Profesor Dr. Azmi Hassan.

Pengundi muda mampu memberi impak besar terhadap perkembangan politik negara dengan memilih kerajaan yang benar-benar efektif, berwibawa dan stabil demi kesejahteraan rakyat negara ini.

(Dr. Azmi Hassan ketika ditemubual dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia)

"Kerana secara tidak langsung kita memilih kerajaan dan secara tidak langsung juga kita memilih Perdana Menteri, jadi itu pentingnya. Paling penting kita lihat parti yang kuat walaupun calon itu mempunyai aura yang kuat..berwibawa.

"Jika parti yang dibelakang calon itu tidak ada harapan untuk membentuk kerajaan, boleh pilih dia.. dan kalau dia menang, dia hanya mewakili kawasan itu, tetapi tidak boleh membentuk dasar-dasar yang amat diperlukan pada ketika ini.

"Jadi, kata kuncinya adalah parti. Parti yang membuktikan mereka boleh mentadbir Malaysia dengan begitu baik dengan begitu efisien," katanya dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia.

Media Baharu