PUTRAJAYA, 22 Ogos - Pertemuan pemimpin - pemimpin UMNO berakhir selepas hampir sejam mengadakan perbincangan di Seri Perdana.
Konvoi yang membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kelihatan meninggalkan perkarangan Seri Perdana sekitar pukul 9.11 malam.
(Media berkumpul di luar Seri Perdana, Putrajaya)
Beberapa kenderaan pemimpin UMNO mula memasuki Seri Perdana kira-kira pukul 6.00 petang antaranya Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Difahamkan perbincangan tersebut bermula pada pukul 8.00 malam.
Sebelum itu, satu pertemuan tergempar melibatkan pemimpin utama UMNO mengadakan mesyuarat di Menara Dato Onn hari ini dikatakan membincangkan Pilihan Raya Umum (PRU15).