fb fb fb fb fb

Malaysia berharap projek HSR bersama Singapura diteruskan seawal mungkin

(Foto fail)

PUTRAJAYA, 22 Ogos- Malaysia berharap untuk mempercepat usaha meneruskan semula projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) bersama Singapura, seawal mungkin.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, perbincangan sedang diteruskan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong dengan rakan sejawatannya dari Singapura S. Iswaran.

Usaha meneruskan semula projek itu akan melibatkan beberapa perubahan pada syarat dan terma asal.

Menurut Perdana Menteri, Malaysia juga ada perancangan untuk mewujudkan HSR dia antara Kuala Lumpur dengan Bangkok.

Beliau turut membayangkan jaringan tersebut boleh disambung hingga ke China memandangkan China dan Thailand juga dalam proses membina rangkaian kereta api berkelajuan tinggi.

Dalam hal lain, Perdana Menteri berkata kerajaan sedang mengkaji keperluan untuk mewujudkan laluan ketiga menghubungkan Johor dengan Singapura dalam usaha mengurangkan kesesakan di Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura.

(Malaysia berharap projek HSR bersama Singapura diteruskan seawal mungkin)

Media Baharu