ANGKASAPURI, 10 Januari - RTM perlu beradaptasi dan mengenal pasti citarasa rakyat; untuk terus kekal sebagai pilihan utama masyarakat mendapatkan maklumat.
Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud berkata menerusinya, setiap kelemahan juga dapat dikenal pasti dan langkah penambahbaikan boleh dilaksanakan.
"Saya lihat citarasa rakyat perlu diperhatikan, diteliti atau dibuat satu kajian yang menyeluruh untuk mendapat apa kehendak rakyat, baru kita boleh mengatur strategi serta langkah ke depan supaya kita punya persembahan itu selari dengan kehendak rakyat, itu yang pertama.
"Kedua ialah dari segi informasi rtm ini adalah merupakan satu organ kerajaan yang memberi maklumat kepada rakyat, maklumat itu mesti tepat dan sahih sebagaimana kita punya tagline sahih dari segi berita dan sebagainya, katanya dalam temubual segmen Nasional Pagi di Nasionalfm.