fb fb fb fb fb

Kenaikan kadar RMT masih diperingkat perbincangan

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 25 Julai - Cadangan kenaikan kadar Rancangan Makanan Tambahan (RMT) akan diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk dibawa ke Bajet 2023.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin berkata Kementerian Pendidikan (KPM) sudah melakukan perbincangan lisan dengan Kementerian Kewangan dan akan menghantar cadangan rasmi sebarang penambahbaikan kadar terbaharu RMT dalam masa terdekat.

(Menter Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin)

"Perkara ini juga kita akan bincang untuk disiapkan kerta kerja untuk dibawa ke kabinet berkaitan hal ini. Jadi kita perlu ingat setiap perkara ini memerlukan sedikit masa kerana ianya meibatkan implikasi yang besar.

"Perkara ini kita telah, sedang dan akan terus bincang dengan kementerian kewangan bagi memastikan kita ambil kira semua aspek sebelum sebarang pertimbangan dibuat," katanya ketika ditemui selepas Program Eksplorasi Alam Lestari Zoo Negara, di sini.

Tambah Radzi, pihaknya dalam penyediaan melakukan kertas kerja untuk penambahbaikan RMT yang sudah di peringkat akhir.

"Kita perlu ingat apabila bercakap mengenai kewangan atau peruntukan, kita berbincang dan mencadangkan kepada MOF, tapi yang paling penting selepas dianalisa semua aspek perkara berkaitan, kita melihat perkara ini perlu diberi keutamaan.

"Sekarang kita sedang sediakan kertas untuk tujuan ini di peringkat akhir. Apa paling penting kita semua kena sedar yang kita memang beri perhatian mengenai perkara ini," katanya.

Media Baharu