fb fb fb fb fb

APMM berjaya tahan 1,600 bot nelayan asing, paling banyak dari Vietnam

KUALA LUMPUR, 25 Julai- Sebanyak 1,600 buah bot nelayan asing telah berjaya ditahan pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sejak tahun 2006.

Daripada jumlah tersebut, bot dari negara Vietnam mencatatkan jumlah tertinggi yang ditahan iaitu 1,057 buah bot

Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin memaklumkan, jumlah tersebut merangkumi 66 peratus dari jumlah keseluruhan jumlah tangkapan bot nelayan asing yang direkodkan.


(Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin)

"Pihak APMM sentiasa komited dalam memantau kawasan dan titik panas atau hotspot yang telah dikenal pasti dan akan terus menguatkuaskan undang-undang semasa sekiranya negara terlibat meneruskan aktiviti mereka di kawasan perairan negara terutamanya dalam Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ)", katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Ketika menjawab soalan wakil Bachok, Nik Mohamad Abduh, beliau menjelaskan pelbagai insiatif telah dilakukan untuk memastikan perairan negara bebas dari pencerobohan bot nelayan asing.

Antaranya termasuklah, memantapkan rondaan harian APMM, mengoptimumkan penggunaan aset laut dan udara APMM untuk tujuan pemantauan dan mengadakan kerjasama dengan komuniti maritim setempat.

Media Baharu