fb fb fb fb fb

Kenaikan harga siling PBT galakkan pesawah tingkatkan pengeluaran

FOTO RTM

ALOR SETAR, 16 November-Pertubuhan Peniaga-Peniaga Beras Kedah menyokong penuh dan bersetuju cadangan menaikkan harga siling beras putih tempatan (BPT) oleh badan Kawal selia Padi dan beras.

Pengerusinya Tan Swee Huat menerusi kenyataan hari ini berkata cadangan itu diharap dapat dipertimbangkan kerajaan dan dilaksanakan secepat mungkin bagi menjaga masa depan semua pihak yang terbabit dalam rantaian pengeluaran beras.

Katanya polisi yang telah mengikat harga siling beras putih tempatan selama lebih 15 tahun sejak 2008 harus diselaraskan semula bagi menyelesaikan kesusahan semasa pesawah, pemborong, penjual beras dan pengguna.

Jelasnya hanya dengan mengkaji semula , masalah yang timbul akibat pasaran beras putih semasa dapat  diatasi, bagi semua pihak mencapai  situasi menang-menang.

Kajian tersebut juga akan menggalakkan pesawah untuk menggandakan usaha meningkatkan pengeluaran dan kualiti, pada masa yang sama petani dapat meningkatkan pendapatan mereka.

Pihak persatuan berharap cadangan tersebut dipertimbangkan.

Sabtu lalu, Ketua Pengarah Kawal selia Padi dan Beras Datuk Azman Mahmood,mencadangkan kerajaan menaikkan harga siling beras putih BPT kepada RM3.20 sekilogram berbanding RM2.60 sekilogram ketika ini.

Susulan itu Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, penelitian terhadap impak kenaikan mesti diambil kira kerana sebarang keputusan akan memberi kesan kepada hampir 300,000  komuniti yang terbabit dalam setiap rantaian iaitu pesawah, pengilang komersial, pemborong dan peruncit.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD