fb fb fb fb fb

Kenaikan harga pakej umrah disebabkan kenaikan kadar hotel

PUTRAJAYA, 9 Januari- Kenaikan harga pakej umrah yang berlaku pada masa ini adalah di luar kawalan kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd. Na’im Mokhtar dalam satu hantaran di laman sosial rasminya menyatakan, situasi ini berlaku ekoran impak kenaikan kos di Arab Saudi.

Jelasnya, merujuk kepada laporan, pada masa ini berlaku kenaikan kadar harga hotel di Mekah dan Madinah yang dikenakan oleh pengusaha hotel.

"Ini bukan sahaja memberi kesan kepada jemaah umrah Malaysia, bahkan kepada jemaah negara-negara lain juga.

"Walaubagaimanapun, agensi umrah diharap dapat mempertimbangkan ruang dan kaedah terbaik agar kenaikan kos keseluruhan yang dikenakan tidak melampau sehingga membebankan bakal jemaah," kata beliau.

Mohd. Na’im yang berada di Arab Saudi untuk menghadiri Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023 akan mengemukakan isu kenaikan kos ini kepada Menteri Haji Kerajaan Arab Saudi.

(Datuk Dr Mohd. Na’im memaklumkan kenaikan harga pakej umrah disebabkan kenaikan
kadar hotel)

Media Baharu