fb fb fb fb fb

COVID-19: Johor seru rakyat agar ambil dos penggalak kedua

(FOTO RTM)

JOHOR BAHRU, 9 Januari-Hanya 1.9 peratus rakyat Johor telah mengambil dos penggalak kedua.

Bagi mengelak implikasi buruk, seluruh rakyat negeri itu diminta tampil untuk mendapatkan imunisasi terbabit.

Angka terbabit didedah Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi taklimat Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Aman Rabu.

Biarpun kadar jangkitan Covid-19 di Johor adalah terkawal, namun pengambilan dos penggalak kedua adalah perlu.

Ini kerana rakyat terdedah dengan risiko jangkitan memandangkan kedudukan Johor sebagai pintu masuk antarabangsa.

Risiko turut meningkat dengan pengesanan varian baharu penyakit itu.

Justeru, seluruh rakyat diminta tidak memandang remeh perkara berkenaan.

Minggu lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Ling Tian Soon mendedahkan sebanyak 56.7 peratus populasi keseluruhan di negeri itu telah menerima dos penggalak vaksin COVID-19 yang pertama, manakala 1.8 peratus telah mendapatkan dos penggalak kedua sehingga 3 Januari lepas.

 


 

 

 

Media Baharu