fb fb fb fb fb

Kenaikan gaji penjawat awam, kerajaan bincang dengan CUEPACS dalam masa terdekat

KUALA TERENGGANU, 30 Julai- Kerajaan akan mengkaji dan meneliti apa yang perlu berkaitan kenaikan gaji penjawat awam.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali memberitahu, pihaknya akan berbincang dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam, CUEPACS berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

"Saya akan berbincang dengan Presiden CUEPACS pada hari Isnin ini untuk melihat, kemungkinan mengkaji, meneliti permohonan yang dibuat, kita selalu bertemu dengan CUEPACS, kita buat sesi keterlibatan," kata Mohd Zuki.

Beliau menjawab pertanyaan media berhubung cadangan Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat mengenai cadangan untuk menaikkan gaji kakitangan awam.

CUEPACS juga bersedia untuk berpiket di Putrajaya bersama penjawat awam.


(Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Datuk Seri Mohd Zuki Ali)


Media Baharu