fb fb fb fb fb

Kenaikan 0.22 sen bagi setiap 1000 liter sangat minimum

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 18 Januari- Kenaikan purata tarif air sebanyak 22 sen bagi setiap 1000 liter dijangkakan sangat minimum, antara RM3 hingga RM4 sebulan jika pengguna menggunakan air pada kadar 0 hingga 20 meter padu secara purata.

Pengarah, Unit Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Pengguna, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Ts. Mohd Fazil Ismail bagaimanapun menyarankan pengguna, supaya berhemat menggunakan air bagi memastikan kadar bil bulanan tidak membebankan.

"Kata kuncinya adalah mudah, anda gunakan air secara berhemat, insha-Allah anda jimat, kerana penggunaan air yang berhemat ini akan membantu bukan sahaja dari segi alam sekitar dan dari segi bil anda. Jika anda menggunakan air secara sewajarnya di kalangan jalur pertama 0 hingga 20 meter padu, banyak yang anda dapat jimat dan kenaikan itu tidak akan dirasai dengan ketara", katanya  kepada RTM selepas menjayakan program 'Tanya Terus' di Angkasapuri Kota Media.

SPAN juga memberi jaminan untuk sentiasa memantau pengoperasian operator perkhidmatan air di setiap negeri.

Ia bagi memastikan penyedia perkhidmatan yang dilantik benar-benar menjalankan kerja-kerja penambahbaikan daripada pendapatan yang diperoleh hasil pelarasan berkenaan.

ROSLINA BINTI DIN